Syarat Penggunaan Dewan


A. SEWA
. Sewa Dewan Cempaka adalah ditetapkan pada kadar RM300 sehari.
( penggunaan selama 9 jam )






2. Sewa tambahan akan dikenakan pada kadar RM40.00 sejam atas
perkara-perkara berikut :






2.1 Penggunaan dewan sebelum waktu yang diluluskan seperti
kegunaan bagi persiapan, hiasan, susunan sebelum upacara dan
majlis 'rehearsal'.






2.2 Penggunaan Dewan Cempaka melebihi waktu maksima 9 jam yang ditetapkan.






B. BAYARAN KEBERSIHAN






1. Tuan/Puan adalah dikenakan bayaran kebersihan sebanyak RM 100.00







2. Bayaran Kebersihan akan dikembalik setelah peraturan penggunaan dewan dan
kebersihan dipatuhi. Untuk itu tuan/puan hendaklah memastikan ;






2.1. Kebersihan Dewan Cempaka dan ruang legar dijaga sebaik-baiknya.


2.2. Semua sampah dan sisa makanan hendaklah diletakkan di dalam beg plastik yang
tidak mudah pecah atau seterusnya di buang dalam rumah sampah yang terletak di
'Loading Bay' Blok Perniagaan Kompleks PKNS Bangi di Tingkat Bawah.






C. PENGGUNAAN DEWAN






1. Dewan hendaklah digunakan mengikut kelulusan permohonan sahaja. Dewan tidak boleh
digunakan untuk tujuan yang menyalahi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan
oleh pihak berkuasa.






2. Menggunakan dewan dalam keadaan aman dan terkawal.






3. Penyewa/Pengguna dewan tidak dibenarkan melekat, menampal, menebuk
dinding/panel pentas, menanggal atau mengalih perkakas dan peralatan yang terdapat
dalam dewan tanpa sebarang kebenaran bertulis daripada PKNS.

4. Menggunakan dewan pada masa/waktu yang diluluskan sahaja.






D. PERALATAN DEWAN






1. Peralatan akan dibekalkan mengikut pesanan dan tempahan yang dibuat sahaja.






2. Peralatan dewan yang dibekal hendaklah digunakan sebaik baiknya. Peralatan tersebut
tidak boleh dicalar, dirosakkan atau dihilangkan. Tuntutan/Caj bagi pembaikan atau
penggantian akan dikenakan sekiranya peralatan yang dibekal dirosakkan ataupun
dihilangkan.






E. KESELAMATAN






1. Adalah menjadi tanggungjawab penyewa dewan untuk memastikan keselamatan dan
ketenteraman awam ketika dewan digunakan.






2. Penyewa juga hendaklah memastikan dan memberikan tunjuk arah yang secukupnya ke
arah Dewan Cempaka untuk mengelakkan tetamu, jemputan, pengunjung dan memasuki
kawasan lain dan kawasan larangan.






3. PKNS sentiasa memantau pergerakan melalui rondaan pengawas keselamatan dan
kamera tertutup 'CCTV' bagi memastikan peraturan penyewaan dipatuhi.